Penerimaan Terhadap Islam

1. Golongan paling awal menerima Islam ialah ahli keluarga dan sahabat rapat Nabi Muhammad.

2. Strategi dakwah peringkat awal adalah secara RAHSIA kerana:
  • Islam masih baru
  • penganut masih sedikit
  • mengelakkan penentangan yang boleh menghancurkan asas Islam
3. Penganut Islam peringkat awal terdiri daripada golongan bawahan (hamba) kerana tertarik dengan Islam yang memberi layanan yang sama kepada manusia
4. Ada yang menerima Islam dengan yakin walaupun diseksa dengan kejam seperti:
i)  Bilal bin Rabah (dijerut lehernya oleh tuannya, Umayyah bin Khalaf)
ii) Keluarga Yassir dan isterinya Sumayyah (dijemur di padang pasir hingga mati syahid)
iii) Amir bin Fuhairah (diseksa sehingga gila)
iv) Zunainah (diseksa Abu Lahab sehingga buta)
5. Islam diterima kerana kemurnian ajarannya dan kebijaksanaan Nabi Muhammad berdakwah

6. Pendekatan dakwah Nabi:
i) membandingkan nilai akhlak masyarakat Jahiliah dengan Islam
ii) membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan sahabat
iii) memberikan penerangan
iv) mewujudkan teladan yang baik
7. Kunci kejayaan Nabi Muhammad menyebarkan Islam di Makkah:
  • kesabaran yang tinggi
  • pengorbanan
  • kekuatan fizikal, mental dan rohani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: