Perluasan Kuasa

Tamadun Yunani

1. Philip II – menyatukan Macedonia dan Yunani.
2. Alexander The Great – menguasai Parsi, Mesir, Turkistan Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.
3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran budaya Yunani, Parsi, dan budaya timur yng lain) ke Itali, Iskandariah dan Antioch.
4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander dan munculnya empayar Rom.

Tamadun Rom

1. Augustus Caesar – mengubah sistem republik menjadi sistem empayar yang meliputi Britain, Sepanyol, Sg Rhine, Sg Danube, Laut Hitam, Macedonia, Turki dan Palestin.

Tamadun India

1. Chandragupta Maurya berjaya menguasai India Utara, Punjab dan sempadan India Barat kerana mempunyai jumlah tentera yang besar.
2. Anaknya Bindusara meluaskan ke Mysore di selatan India.
3. Asoka lebih lembut dan menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha.
4. Asoka juga berjaya menakluki seluruh India hasil kemenangan dalam Perang Kalinga.

Tamadun China

1. Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.
2. Beliau memerintah secara autokratik ( tegas dan mutlak ).
3. Bangsawan dihapuskan dan gabenor serta panglima tentera dilantik mentadbir wilayah.
4. Beliau membina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar.
5. Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: