Pendidikan

Tamadun Yunani

1. Athens – pendidikan bertujuan melahirkan manusia seimbang (rohani dan jasmani) seperti aktiviti pendidikan, sukan, sastera, pidato, muzik, menulis.
2. Sparta – pendidikan untuk melahirkan tentera yang gagah dan setia kepada negara kota (kemahiran fizikal dan senjata amat dipentingkan).
3. Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes yang melahirkan sejarawan seperti, Herodotus, pemikir sains seperti Thales, Anaxagoras.
4. Athens menjadi pusat cendekiawan penting ketika zaman Pericles.

Tamadun Rom

1. Orang Rom menyerap unsur Yunani pada peringkat awal.
2. Pendidikan mementingkan aplikasi pratikal ilmu – contohnya membina infrastuktur dan kemudahan awam.
3. Pendidikan ini melahirkan jurutera pengairan, bangunan.

Tamadun India

1. Pendidikan bermula pada zaman Vedik yang mementingkan agama Hindu dan didominasi oleh kaum lelaki.
2. Mereka menggunakan kitab Veda dalam bahasa Sanskrit.
3. Keadah yang digunakan ialah menghafal kitab Veda.
4. Tumpuan pendidikan ialah agama (persediaan selepas mati ).
5. Pendidikan awal terdapat di istana dan rumah.
6. Kemudian lahir sistem pendidikan tinggi di kolej Brahman, universiti agama Buddha di Nalanda.
7. Untuk menjadi Brahmin mereka harus menghafal Veda yang menggandungi peraturan ritual, mentera dan lagu – lagu agama, mempelajari karya saintifik dan falsafah.
8. Zaman seterusnya pendidikan untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf dan mendapat jawatan kerajaan.

Tamadun China

1. Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam.
2. Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi.
3. Peringkat rendah – mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci.
4. Peringkat menengah – menumpukan karangan dan sastera.
5. Peringkat tinggi – menterjemah buku suci.
6. Peperiksaan awam 3 tahap – Hsiu Tai (ijazah pertama), Chun – Jen (sarjana) dan Chin Shih (doktor falsafah).

7. Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2 di ibu kota daerah dan tahap 3 di ibu kota empayar (di istana / di hadapan Maharaja).
8. Peluang kerjaya – menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan menjadi pendidik.
9. Waktu peperiksaan – tahap 1 (3 tahun 2 kali), tahap 2 dan 3 (3 tahun 1 kali).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: