Penentangan Terhadap Islam

1) Penentangan terhadap Nabi Muhammad dilakukan dengan pelbagai cara seperti dicemuh, diganggu semasa beribadat (benda kotor diletakkan di tengkuk semasa baginda bersembahyang) malah ada orang yang ingin membunuh baginda

2) Penentangan orang Arab Quraisy Makkah terhadap ajaran Islam disebabkan pelbagai faktor:

  1. Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang Arab Quraisy dengan Islam
  2. Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia
  3. Arab Jahiliah menolak konsep persaudaraan Islam (sangat bertentangan dengan konsep assabiah)
  4. Islam melarang amalan dan akhlak yang keji (mencuri, menindas)
  5. Arab Quraisy mempunyai tanggapan salah terhadap tugas Nabi Muhammad
  6. Penyebaran Islam menggugat ekonomi Arab Quraisy (menjejaskan perusahaan mengukir patung

3) Penentangan terhadap Islam dilakukan dengan pelbagai cara:

  1. Penyair Arab Quraisy sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka
  2. Orang Arab Quraisy memujuk Nabi Muhammad secara lembut (menawarkan kedudukan, wanita cantik, harta)
  3. Orang Arab Quraisy melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad dan keluarga baginda (3 tahun)

Pemulauan

1) Mereka menulis pernyataan tentang pemulauan dan menggantungkannya di Kaabah

2) Semasa pemulauan, Abu Talib (bapa saudara Nabi Muhammad) sentiasa melindungi dan membantu baginda

3) Pemulauan berjalan selama 3 tahun sahaja kerana orang Quraisy tidak mematuhi peraturan pemulauan dengan memberikan bantuan kepada orang Islam

4) Golongan Islam berkemampuan telah membantu golongan kurang berada

5) Pengorbanan wanita dalam memperjuangkan Islam seperti Khadijah di Makkah yang menyerahkan kesemua hartanya demi membantu perjuangan islam dan diteruskan oleh Aisyah dan Ummu Salamah di Madinah

Soalan Latihan (Penentangan Terhadap Islam)

SOALAN STRUKTUR

1. Apakah cara yang digunakan oleh orang Arab Quraisy untuk menentang Islam?

i.__________________________________________________________________

ii.__________________________________________________________________

iii.__________________________________________________________________

(3 Markah)

2. Nyatakan tiga sebab orang Arab Quraisy menentang agama Islam?

i.___________________________________________________________________

ii.___________________________________________________________________

iii___________________________________________________________________

(3 Markah)

3. Mengapakah agama Islam tidak dapat disebarkan secara menyeluruh di Makkah?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(2 Markah)

* Sila hantar jawapan anda yang lengkap ke e-mail saya hanif_haris@yahoo.com.my sebelum 30 April 2010

Penerimaan Terhadap Islam

1. Golongan paling awal menerima Islam ialah ahli keluarga dan sahabat rapat Nabi Muhammad.

2. Strategi dakwah peringkat awal adalah secara RAHSIA kerana:
  • Islam masih baru
  • penganut masih sedikit
  • mengelakkan penentangan yang boleh menghancurkan asas Islam
3. Penganut Islam peringkat awal terdiri daripada golongan bawahan (hamba) kerana tertarik dengan Islam yang memberi layanan yang sama kepada manusia
4. Ada yang menerima Islam dengan yakin walaupun diseksa dengan kejam seperti:
i)  Bilal bin Rabah (dijerut lehernya oleh tuannya, Umayyah bin Khalaf)
ii) Keluarga Yassir dan isterinya Sumayyah (dijemur di padang pasir hingga mati syahid)
iii) Amir bin Fuhairah (diseksa sehingga gila)
iv) Zunainah (diseksa Abu Lahab sehingga buta)
5. Islam diterima kerana kemurnian ajarannya dan kebijaksanaan Nabi Muhammad berdakwah

6. Pendekatan dakwah Nabi:
i) membandingkan nilai akhlak masyarakat Jahiliah dengan Islam
ii) membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan sahabat
iii) memberikan penerangan
iv) mewujudkan teladan yang baik
7. Kunci kejayaan Nabi Muhammad menyebarkan Islam di Makkah:
  • kesabaran yang tinggi
  • pengorbanan
  • kekuatan fizikal, mental dan rohani

Bentuk-Bentuk Kerajaan Awal

1. Kerajaan Agraria – berasaskan pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan laut.

2. Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur seperti kerajaan Dvaravati di Sg Irrawady (Myanmar), Kerajaan di lereng bukit dan tanah gunung berapi – kerajaan Taruma (Indonesia).
3. Kerajaan maritim – berasaskan perdagangan, kelautan dan perlabuhan. Ia terletak di pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).
4. Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya Funan.
b) Kegiatan ekonomi kerajaan agraria
1. Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup.
2. Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air.
3. Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek.
4. Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah- buahan.
5. Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.
6. Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan.
7. Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.
8. Kura – kura mendapatkan kulitnya.
9. Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.
10. Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk Bandar atau kerajaan maritim.
11. Sistem pengairan amat penting dalam pertanian contoh Tasik Tonle Sap dan Sg Mekong di Angkor.
c) Kegiatan pertanian kerajaan agraria Angkor
1. Raja Angkor (Indravarman 1) membina dan mengurus pengairan dan baray, kesannya hasil padi menampung keperluan makanan penduduk Angkor.
2. Bekalan air diterima dari Sg Mekong yang mengalir ke Tasik Tonle Sap dan menyuburkan tanah.
3. Tasik ini turut mengairi sawah padi.
4. Tasik Tonle Sap juga membekalkan ikan air tawar.
5. Tasik ini amat penting untuk bekalan air minuman.
d) Kegiatan ekonomi kerajaan maritim
1. Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.
2. Peringkat awal – menangkap ikan, memungut hasil laut.
3. Kemudian menjadi perkampungan nelayan.
4. Ada yang berkembang menjadi pengeluar emas, bijih timah.
5. Hasil lebihan telah didagangkan – maka petempatan ini menjadi tempat dagang dan pelabuhan pembekal seperti Klang ( Selangor ), Kuala Selinsing ( Perak ).
6. Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk mendapatkan barangan – emas, timah, rotan, damar, hasil laut.
7. Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya.
8. Mulanya pelabuhan ini berdagang di kawasan berhampiran kemudian berkembang, contohnya Langkasuka dan Champa akhirnya berdagang dengan Vietnam, China Selatan, hingga ke India dan barat.
9. Pelabuhan entrepot muncul kerana kedudukannya yang strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi laluan perdagangan atara China dan India. Ini juga mendorong kedatangan pedagang ke dua – dua negara ke situ.
10. Bekalan pelabuhan entrepot seperti emas, timah, hasil hutan, dan hasil dari kerajaan lain di sekitarnya.
11. Emas menjadi tumpuan sehingga Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan Bumi Emas – orang Yunani dan India telah mengetahui tentang kekayaan emas di sini sejak awal abad masihi lagi.
12. Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.
13. Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang, peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya.
14. Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat perahu (jarak dekat ) dan kapal layar (jarak jauh).
15. Mereka juga tahu menggunakan kaedah bintang di langit.
e) Ciri – ciri kerajaan maritim Srivijaya
1. Terletak di Sg. Musi dan Batang Hari.
2. Memiliki tentera yang besar, terdiri daripada pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut. Mereka mengawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.
3. Kapal dagang dalam perjalanan antara China dan India singgah di sini kerana kedudukan pelabuhannya strategik di Selat Melaka.
4. Bekalan barang dagang dibekalkan dari kawasan pemerintahannya dan jajahan takluknya.
5. Menurut I Tsing Sivijaya mampu menghasilkan kapal besar.
f) Ciri – ciri kerajaan Kedah Tua/Chieh-cha/Kataha
1. Terletak di Sg. Mas (pada abad ke-5 hingga 11 – menganut agama Buddha ) dan di lembah Sg. Bujang (abad ke –11 hingga 13 – menganut agama Hindu).
2. Buktinya ialah jumpaan candi berunsur Hindu/Buddha dan arca Hindu/Buddha.
3. Merupakan pelabuhan enterpot yang banyak dipengaruhi Srivijaya, buktinya jumpaan tembikar China zaman Dinasti Tang, Song dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar.
4. Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke sini.
5. Kedudukan strategik di laluan Selat Melaka dan terlindung dari angin monsun memajukan pelabuhannya.
6. Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan barang dagang seperti damar, rotan, timah.
7. Barang dagang juga dibawa dari luar seperti sutera, teh, kaca, manik, tembikar.

Pendidikan

Tamadun Yunani

1. Athens – pendidikan bertujuan melahirkan manusia seimbang (rohani dan jasmani) seperti aktiviti pendidikan, sukan, sastera, pidato, muzik, menulis.
2. Sparta – pendidikan untuk melahirkan tentera yang gagah dan setia kepada negara kota (kemahiran fizikal dan senjata amat dipentingkan).
3. Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes yang melahirkan sejarawan seperti, Herodotus, pemikir sains seperti Thales, Anaxagoras.
4. Athens menjadi pusat cendekiawan penting ketika zaman Pericles.

Tamadun Rom

1. Orang Rom menyerap unsur Yunani pada peringkat awal.
2. Pendidikan mementingkan aplikasi pratikal ilmu – contohnya membina infrastuktur dan kemudahan awam.
3. Pendidikan ini melahirkan jurutera pengairan, bangunan.

Tamadun India

1. Pendidikan bermula pada zaman Vedik yang mementingkan agama Hindu dan didominasi oleh kaum lelaki.
2. Mereka menggunakan kitab Veda dalam bahasa Sanskrit.
3. Keadah yang digunakan ialah menghafal kitab Veda.
4. Tumpuan pendidikan ialah agama (persediaan selepas mati ).
5. Pendidikan awal terdapat di istana dan rumah.
6. Kemudian lahir sistem pendidikan tinggi di kolej Brahman, universiti agama Buddha di Nalanda.
7. Untuk menjadi Brahmin mereka harus menghafal Veda yang menggandungi peraturan ritual, mentera dan lagu – lagu agama, mempelajari karya saintifik dan falsafah.
8. Zaman seterusnya pendidikan untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf dan mendapat jawatan kerajaan.

Tamadun China

1. Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam.
2. Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi.
3. Peringkat rendah – mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci.
4. Peringkat menengah – menumpukan karangan dan sastera.
5. Peringkat tinggi – menterjemah buku suci.
6. Peperiksaan awam 3 tahap – Hsiu Tai (ijazah pertama), Chun – Jen (sarjana) dan Chin Shih (doktor falsafah).

7. Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2 di ibu kota daerah dan tahap 3 di ibu kota empayar (di istana / di hadapan Maharaja).
8. Peluang kerjaya – menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan menjadi pendidik.
9. Waktu peperiksaan – tahap 1 (3 tahun 2 kali), tahap 2 dan 3 (3 tahun 1 kali).

Peningkatan Ekonomi

Tamadun Yunani

1. Semua negara kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana bumi bergunung – ganang tidak sesuai untuk pertanian. Kesannya perdagangan melalui jalan laut dengan wilayah luar dijalankan. Mulanya perdagangan pesisir pantai seperti dengan Mesir, Syria.
2. Athens dan Corinth kekurangan makanan kerana kurang tanah pertanian, maka mereka mendapatkan makanan dari kawasan selatan dan Laut Hitam.
3. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang dari timur.
4. Cukai yang dikenakan di sini telah menaikkan harga barang, kesannya ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria pada zaman Graceo–Roman.

Tamadun India

1. Perdagangan dalam kerajaan Maurya seperti di Anga dan Kalinga – barangannya seperti senjata, emas, gading gajah.
2. Perdagangan antarabangsa dengan Macedonia, Sri Langka, Asia Tenggara – pelabuhan terlibat : Tamralipti, Cambay,.
3. Wujud persatuan perdagangan (sresthin) di setiap Bandar – seperti Persatuan Tukang Kayu & Persatuan Tukang Logam.
4. Matlamat persatuan ini, mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja – persatuan ini dikawal oleh raja.
5. Mata wang emas digunakan ketika zaman Gupta.
6. Perusahaan utama – sutera (di Bengal), kain kapas, emas.
7. Cukai hasil perdagangan buah – buahan dan pertanian dikutip untuk menyara tentera, pentadbir dan raja.
8. Zaman Gupta – memperoleh rempah dari alam Melayu & tembikar dari China.

Tamadun China

1. Kemajuan pertanian menambah hasil petani seperti kolar kuda menarik tenggala untuk membuat batas, penyisir tanah , tanaman bergilir, teres bukit dan terusan.
2. Perusahaan tembikar, logam, sutera (Dinasti Han) – didagang ke alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
3. Mula – mula melalui Jalan Sutera (darat), kemudian Jalan Laut (Dinasti Tang).
4. Di China muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai golongan pertengahan kesan perdagangan dalam negeri, ia turut memajukan pengangkutan di China seperti jalan raya, jambatan, kereta kuda dan kereta lembu.

Perluasan Kuasa

Tamadun Yunani

1. Philip II – menyatukan Macedonia dan Yunani.
2. Alexander The Great – menguasai Parsi, Mesir, Turkistan Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.
3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran budaya Yunani, Parsi, dan budaya timur yng lain) ke Itali, Iskandariah dan Antioch.
4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander dan munculnya empayar Rom.

Tamadun Rom

1. Augustus Caesar – mengubah sistem republik menjadi sistem empayar yang meliputi Britain, Sepanyol, Sg Rhine, Sg Danube, Laut Hitam, Macedonia, Turki dan Palestin.

Tamadun India

1. Chandragupta Maurya berjaya menguasai India Utara, Punjab dan sempadan India Barat kerana mempunyai jumlah tentera yang besar.
2. Anaknya Bindusara meluaskan ke Mysore di selatan India.
3. Asoka lebih lembut dan menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha.
4. Asoka juga berjaya menakluki seluruh India hasil kemenangan dalam Perang Kalinga.

Tamadun China

1. Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.
2. Beliau memerintah secara autokratik ( tegas dan mutlak ).
3. Bangsawan dihapuskan dan gabenor serta panglima tentera dilantik mentadbir wilayah.
4. Beliau membina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar.
5. Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan.

Perundangan

Tamadun Yunani

1. Dewan Perhimpunan menggubal undang- undang.
2. Plato dalam bukunya Republik mengatakan negara harus diperintah oleh ahli falsafah.
3. Katanya ahli falsafah berupaya menggubal undang – undang.

Tamadun Rom

1. Hukum kanun 12 ialah undang- undang yang pertama.
2. Ia dipahat pada kayu papan 12 dan diletakkan di tempat awam.
3. Lahir pada zaman Republik, kemudian Maharaja Justinian mengemaskini dan membukukannya.
4. Beliau akhirnya melahirkan Kod Undang – undang Rom yang dikenali sebagai Undang – undang Justinian.

5. Terdapat 3 cabang undang-undang Rom iaitu undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural.

6. Terdapat 4 prinsip undang-undang Rom iaitu semua manusia sama di sisi undang-undang, seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, keadilan terhadap setiap individu dan hukuman berasaskan bukti yang cukup.

Tamadun India

1. Dharma Sastra ialah kitab undang – undang Hindu tertua.
2. Raja bertanggungjawab memelihara kesucian undang – undang.
3. Denda kesalahan bergantung keseriusan kesalahan.
4. Brahmin dominan dalam hal undang – undang kerana mahir berkaitan hal keagamaan.
5. Ketika Dinasti Maurya, undang – undang disampaikan sebagai titah perintah diraja yang diukir pada tiang Asoka

Tamadun China

1. Dua prinsip utama – hukuman berat dan bercorak kolektif.
2. Undang – undang berasaskan falsafah Legalisme yang digubal dan diperkenalkan olek Han Fei Tzu yang menyatakan undang – undang tegas dapat mengawal tingkahlaku manusai.
3. Undang – undang tiada belas kasihan dan penguatkuasaannya perlu dipelihara.
4. Sebaliknya ajaran Confucius menekankan raja berpekerti baik dan menjaga keharmonian